Namun aku melihat ada 5 perkara utama yang kerap disebut . Antaranya:-
1- Aku berharap aku punya kekuatan untuk hidup dengan menjadi diri sendiri, bukan menjadi orang lain seperti yang diharapkan orang sekeliling.
Catatan aku : Kadang2 kita selalu terpaksa menjadi orang lain demi menjaga kepentingan individu lain. Kadang2 kita terpaksa memilih keputusan yang bukan pilihan kita hanya kerana hendak menjaga hati orang lain.
2- Aku berharap aku tak bekerja terlalu kuat.
Catatan aku: Ada satu pepatah yang aku suka, pilihlah keluarga berbanding kerja kerana keluarga akan ada ketika kamu sakit sebaliknya kerja akan meninggalkan kamu bila kamu terlantar.
3- Aku berharap aku punya kekuatan meluahkan perasaan.
Catatan aku: Menyimpan di dalam hati apa yang kita rasa tanpa meluahkannya akan meninggalkan kesakitan yang akhirnya memamah hati kita sehingga hancur.
4- Aku berharap aku dapat selalu berhubung dengan kawan-kawanku.
Catatan aku: Bila ajal mula menjemput barulah kita mula kesalkan perkara2 lalu. Barulah kita merindui kawan-kawan rapat yang lama. Kegembiraan bersama mereka, kasih sayang mereka, gelak ketawa bersama mereka. Dan... bila kita menyedari itu kita sudahpun kehilangan mereka disebabkan jarak dan waktu.
5- Aku sepatutnya membiarkan diriku hidup dalam kegembiraan.
Catatan aku: Jangan hukum diri untuk hidup menderita, sedih dan sengsara lebih2 lagi hanya kerana putus cinta atau kecewa. Kita hanya membazirkan masa hidup yang singkat ini dengan sia2.... berikan hak untuk bahagia kepada diri sendiri.
Catatan aku coretkan datang dari apa yang terlintas dihati..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment