Sunday, November 14, 2010

HAJJ


Jemaah hajji

Jemaah Hajji



13 nov , aku menghantar jemaah2 haji ke bas station pada pukul 9am. Yang terdiri rata2nye jemaah Malaysia yanbu. Sebanyak 3 buah bas ke mekkah telah di sediakan untuk para jemaah2 Hajji Malaysia yanbu. Ini aku sertakan beberapa keping gambar untuk kengkawan~~:)

Friday, November 12, 2010

Musim Hajj 2010

Menunaikan Ummrah dibulan Ramadhan August 2010


Pertama kalinya ku jejak ke Tanah Haram -Mekkah- May 2010-




Madinah


Ini adalah tahun pertama aku di Saudi untuk musim Hajj. Niat aku untuk mengerjakan haji pada tahun ini tidak kesampaian kerana tugasan kerja yg diberi dan cuti untuk haji tidak di luluskan. So aku dijanjikan untuk menunaikan haji tahun depan sahaja bersama keluarga. :).. kepada kawan2 yg dapat menunaikan haji untuk tahun ini i wish boleh join korang sesama....insyaAllah korang mendapat haji yg mabrook. amen.

-5 Perkara Dalam Hidup Yg Paling Aku Kesalkan..-

Namun aku melihat ada 5 perkara utama yang kerap disebut . Antaranya:-

1- Aku berharap aku punya kekuatan untuk hidup dengan menjadi diri sendiri, bukan menjadi orang lain seperti yang diharapkan orang sekeliling.
Catatan aku : Kadang2 kita selalu terpaksa menjadi orang lain demi menjaga kepentingan individu lain. Kadang2 kita terpaksa memilih keputusan yang bukan pilihan kita hanya kerana hendak menjaga hati orang lain.

2- Aku berharap aku tak bekerja terlalu kuat.
Catatan aku: Ada satu pepatah yang aku suka, pilihlah keluarga berbanding kerja kerana keluarga akan ada ketika kamu sakit sebaliknya kerja akan meninggalkan kamu bila kamu terlantar.

3- Aku berharap aku punya kekuatan meluahkan perasaan.
Catatan aku: Menyimpan di dalam hati apa yang kita rasa tanpa meluahkannya akan meninggalkan kesakitan yang akhirnya memamah hati kita sehingga hancur.

4- Aku berharap aku dapat selalu berhubung dengan kawan-kawanku.
Catatan aku: Bila ajal mula menjemput barulah kita mula kesalkan perkara2 lalu. Barulah kita merindui kawan-kawan rapat yang lama. Kegembiraan bersama mereka, kasih sayang mereka, gelak ketawa bersama mereka. Dan... bila kita menyedari itu kita sudahpun kehilangan mereka disebabkan jarak dan waktu.

5- Aku sepatutnya membiarkan diriku hidup dalam kegembiraan.
Catatan aku: Jangan hukum diri untuk hidup menderita, sedih dan sengsara lebih2 lagi hanya kerana putus cinta atau kecewa. Kita hanya membazirkan masa hidup yang singkat ini dengan sia2.... berikan hak untuk bahagia kepada diri sendiri.

Catatan aku coretkan datang dari apa yang terlintas dihati..

-Tips berhadapan dengan pasangan curang-

1-Terima dengan tenang: Apabila mengetahui si dia curang, anda pasti akan berasa sedih dan mungkin melakukan perbuatan di luar kawalan. Sebaiknya, cuba selidik sama ada ia benar-benar berlaku atau hanya anda yang terlebih cemburu.

2-Cuba berbincang: Jika ia benar, cuba ajak pasangan berbincang dan tanya kenapa dia bertindak sedemikian. Jangan pula menjadi terlalu emosi sehingga memaki pasangan. Tarik nafas dalam-dalam apabila anda berasa terlalu marah.

3-Bermuhasabah diri: Anda perlu ingat musibah yang berlaku diturunkan oleh Tuhan. Ia adalah sebagai dugaan kita di muka bumi. Mungkin ia sebagai balasan terhadap sesuatu yang pernah anda lakukan dahulu atau sebagai satu cara Tuhan menguji kita.

4-Dekatkan diri kepada Allah: Tidak kira apa jua kepercayaan anda, dekatkan diri dengan Tuhan. Ia mampu memberikan ketenangan yang sejati. Berdoalah supaya musibah yang melanda berakhir seperti yang anda ingini.

5-Cari teman untuk berkongsi masalah: Masalah perlu dikongsi dan jangan dipendam kerana ia hanya memburukkan keadaan. Anda juga akan menjadi lebih muram serta tidak mampu melakukan tugasan harian jika terus menyembunyikan masalah yang sedang dihadapi.

6-Kenali kekurangan diri: Percaya atau tidak, anda merupakan sebahagian daripada punca kecurangan. Mungkin anda seorang yang perengus, kuat membebel, tidak hormat kepada pasangan, tidak suka memasak, pemalas atau pengotor.Buat pekara yg dia dah menyampah ka, atau pekara yg dia tak suka... Kenang kembali saat pertama anda bertemu pasangan dan mengapa dia tertarik kepada anda. Mungkin tarikan itu telah hilang. Cuba lihat pada diri sendiri dan cari apa yang disukai oleh pasangan.

7-Cuba perbaiki diri: Ubah segala kekurangan diri. Jangan terlalu memaksa dan cuba buktikan bahawa anda layak untuk disayangi. Tidak salah anda berubah demi kebahagiaan keluarga.

Monday, October 25, 2010



-sifat cemburu-

Siapa yang tidak inginkan perkahwinan yang membahagiakan meskipun ada kalanya perselisihan sukar untuk dielakkan.
Renungkan petua berikut yang mungkin boleh dijadikan panduan melayari bahtera perkahwinan yang membahagiakan: * Hiburkan hati isteri dengan bercerita atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri. * Bergurau senda tidak hanya di rumah, malah boleh dilakukan dalam kenderaan ketika ke tempat kerja ataupun ke mana saja. Ramai suami membazir masa dengan membisu sewaktu di dalam kenderaan. * Amalkan makan bersama setiap hari. Di bulan puasa, sentiasa cuba untuk berbuka dan bersahur bersama. * Berbual mesra dan nasihat menasihati ketika makan adalah amalan yang akan menarik hidayah Tuhan serta mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan sewaktu makan. * Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ia bukan saja dapat meringankan beban isteri, malah boleh mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan. * Jadilah penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan serta peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera. * Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan. * Bentuk sifat cemburu yang positif. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu kerana dia rasa dihargai. * Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkan isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia. * Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. * Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak. * Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai model. Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah. * Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakkan kesilapan ini. * Cintai isteri sepenuh hati. Cinta tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga serta berteraskan iman dan takwa. * Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. * Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka. Cuba tanya apa lagi yang patut diberikan kepada keluarga. * Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang akan sentiasa tenang, sabar, waras, bijaksana serta dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah. * Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu saja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah. * Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad s.a.w amat pemalu, pemaaf, peka, endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita. * Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan kerenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum. * Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. * Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri.

20 perkara romantik dalam hubungan yang harus dilakukan tanpa pengetahuan pasangan.

Romantic Surprise yang perlu dilakukan SUAMI kepada ISTERI tercinta

  1. Buka pintu kereta untuknya.
  2. Pulang rumah awal-awal sebelum isteri pulang dan masaklah makanan kegemaran dia.
  3. Lakukan sesuatu yang biasanya dilakukan isteri seperti iron baju, basuh pinggan, sapu sampah dan sebagainya.
  4. Packing baju-baju percutian tanpa pengetahuan isteri, dan bila malam, bawa dia ke mana-mana tempat percutian tanpa di diduga olehnya. Baru-baru ini ianya terjadi kepada Umi Aida di mana suaminya secara mengejut membawanya ke Genting walhal pada awalnya ingin dinner di restoren berhampiran
  5. Beli makanan yang istimewa dan layani isteri secara total di bawah cahaya sinaran lilin. Layani dia seperti babak Afdlin Shauki dan Vanidah Imran dalam filem Sepi.
  6. Balik kerja terus pergi mandi, then lakukan hubungan seks tanpa perlu menunggu malam.
  7. Buat sesuatu tanpa diminta Isteri. Jangan malas! Biarpun isteri anda adalah suri rumah, tidak bermakna semua kerja rumah di bawah tanggungan isteri. Jadikan ianya lebih menarik.
  8. Tempah hari cuti kerja tanpa memberitahu padanya, kemudian apply‘kan cuti untuk si Isteri (jika isteri bekerja). Berlakon untuk menghantar dia ke tempat kerja dan semasa dalam perjalanan, pergilah ke tempat yang dia tidak jangka! Dari mood malas pergi kerja, terus gembira habis.
  9. Cium pasangan anda lebih kerap dan tidak hanya ketika anda ingin pergi ke mana-mana atau anda pulang ke rumah.
  10. Jika anda selalu lupa ulang tahun perkahwinan anda selama ini (mesti Isteri sedih), jadikanlah tahun ini sebagai satu sambutan perkahwinan anda dan pasangan yang paling besar sekali dan paling romantik. Pasti dia akan menangis! Betul..

Romantic Surprise yang perlu dilakukan ISTERI kepada SUAMI tercinta

  1. Letakkan nota di kaca depan kereta dan tulislah sesuatu yang romantik dan sign dengan ‘dari isteri tercinta”. Pasti itu hari yang paling gembira untuk si suami pergi ke pejabat.
  2. Tinggalkan jejak pakaian anda satu persatu di depan muka pintu dan nantikan suami masuk ke perangkap hubungan seksual.
  3. Belikan suami anda apa-apa gadjet yang sekian lama di’idamkannya tetapi sentiasa tidak diizinkan anda atas alasan membuang duit.
  4. Lakukan sesuatu yang luar biasa.
  5. Pakai pakaian yang anda tidak pernah suka untuk pakai tapi disukai suami anda.
  6. Membuat rujukan mengenai perkara yang diminati si suami dan kejutkan suami anda dengan pengetahuan anda yang tidak pernah disangka suami.
  7. Lakukan perkara yang disukai suami, di mana selama ini tidak pernah anda sukai langsung seperti menonton bola sepak di stadium, memancing dan sebagainya tanpa sebarang komplen biarpun anda tidak ikhlas langsung!
  8. Buat kejutan percutian ke destinasi yang digemari dan diidamkan suami tanpa pengetahuannya sama sekali.
  9. Jika si suami bekerja waktu pejabat dan ke kedai berdekatan office untuk lunch bersama kawan-kawan, apa kata anda cuba pula tunggu di kedai tersebut untuk lunch bersama suami tercinta.
  10. Sentiasa bermanja dan memuji suami biarpun perkara tersebut tidak anda sukai tetapi disukai oleh si suami. As long ianya tidak memudaratkan suami anda. Janganlah suami pergi kerja lupa salin baju tidur pun anda puji sebagai cantik. Hehe.

Wednesday, October 20, 2010

Saudi holy lands

Masjid Quba'a di madinah during ramadhan time. :)

Lokasi pertama ialah Masjid Quba’ yang terletak di perkampungan Quba’, sekitar 3km dari arah selatan Kota Madinah. Nama Quba’ diambil sempena sebuah telaga yang berada di tempat itu.

Masjid ini berbentuk empat segi dan luas kawasannya sekarang kira-kira 5035m persegi.

Sejarah

Pada hari isnin, 8 Rabiul Awwal bersamaan 23 Sept. 622M Rasulullah SAW tiba di perkampungan Quba’ dalam perjalanan hijrah dari Makkah. Baginda tinggal di kampung ini selama 4 hari bersama Bani Amru bin Auf di umah Kalthum bin al-Hadm.

Pada hari pertama itulah Rasulullah SAW terus membina Masjid Quba’, iaitu masjid yang pertama dibina dalam sejarah umat ini. Rasulullah SAW sendiri turut serta dalam pembinaan ini dengan mengangkut batu-bata dan pasir-pasir bersama para sahabatnya.

Setelah siap, Rasulullah SAW mengimami sendiri solat berjamaah secara terbuka bersama para sahabat di Masjid Quba’, berkiblatkan Masjid al-Aqsa pada waktu itu.

Kelebihan

Masjid ini adalah masjid pertama yang dibina dalam sejarah setelah baginda diangkat menjadi Rasulullah, dibina berasaskan taqwa dan iman. Allah SWT telah mengakuinya sebagaimana firmanNya :

“…sesungguhnya Masjid (Quba’ yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)”. (at-Taubah : 108)

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW selalu datang ke Masjid Quba’ ini pada setiap hari sabtu sama ada menaiki unta atau berjalan kaki. Kadang-kadang Rasulullah SAW datang pada hari isnin dan khamis.

Tentang masjid ini, Rasulullah SAW ada bersabda :

“Sesiapa yang berwudhu’ di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba’ untuk solat, akan diberi ganjaran pahala seperti pahla menunaikan umrah” (HR Ibnu Majah).

Selepas wafatnya Rasulullah SAW, para sahabat sentiasa menziarahi Masjid Quba’ dan bersolat di sana. Zaid bin Aslam berkata : “Segala puji bagi Allah yang telah mendekatkan kita dengan Masjid Quba’. Sekiranya ia berada jauh di hujung dunia, nescaya kami akan bermusafir kepadanya”.




perjalanan ke Madinah

engaged


6 june 2010.