Monday, October 25, 2010



-sifat cemburu-

Siapa yang tidak inginkan perkahwinan yang membahagiakan meskipun ada kalanya perselisihan sukar untuk dielakkan.
Renungkan petua berikut yang mungkin boleh dijadikan panduan melayari bahtera perkahwinan yang membahagiakan: * Hiburkan hati isteri dengan bercerita atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri. * Bergurau senda tidak hanya di rumah, malah boleh dilakukan dalam kenderaan ketika ke tempat kerja ataupun ke mana saja. Ramai suami membazir masa dengan membisu sewaktu di dalam kenderaan. * Amalkan makan bersama setiap hari. Di bulan puasa, sentiasa cuba untuk berbuka dan bersahur bersama. * Berbual mesra dan nasihat menasihati ketika makan adalah amalan yang akan menarik hidayah Tuhan serta mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan sewaktu makan. * Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ia bukan saja dapat meringankan beban isteri, malah boleh mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan. * Jadilah penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan serta peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera. * Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan. * Bentuk sifat cemburu yang positif. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu kerana dia rasa dihargai. * Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkan isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia. * Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. * Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak. * Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai model. Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah. * Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakkan kesilapan ini. * Cintai isteri sepenuh hati. Cinta tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga serta berteraskan iman dan takwa. * Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. * Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka. Cuba tanya apa lagi yang patut diberikan kepada keluarga. * Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang akan sentiasa tenang, sabar, waras, bijaksana serta dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah. * Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu saja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah. * Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad s.a.w amat pemalu, pemaaf, peka, endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita. * Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan kerenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum. * Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. * Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri.

20 perkara romantik dalam hubungan yang harus dilakukan tanpa pengetahuan pasangan.

Romantic Surprise yang perlu dilakukan SUAMI kepada ISTERI tercinta

  1. Buka pintu kereta untuknya.
  2. Pulang rumah awal-awal sebelum isteri pulang dan masaklah makanan kegemaran dia.
  3. Lakukan sesuatu yang biasanya dilakukan isteri seperti iron baju, basuh pinggan, sapu sampah dan sebagainya.
  4. Packing baju-baju percutian tanpa pengetahuan isteri, dan bila malam, bawa dia ke mana-mana tempat percutian tanpa di diduga olehnya. Baru-baru ini ianya terjadi kepada Umi Aida di mana suaminya secara mengejut membawanya ke Genting walhal pada awalnya ingin dinner di restoren berhampiran
  5. Beli makanan yang istimewa dan layani isteri secara total di bawah cahaya sinaran lilin. Layani dia seperti babak Afdlin Shauki dan Vanidah Imran dalam filem Sepi.
  6. Balik kerja terus pergi mandi, then lakukan hubungan seks tanpa perlu menunggu malam.
  7. Buat sesuatu tanpa diminta Isteri. Jangan malas! Biarpun isteri anda adalah suri rumah, tidak bermakna semua kerja rumah di bawah tanggungan isteri. Jadikan ianya lebih menarik.
  8. Tempah hari cuti kerja tanpa memberitahu padanya, kemudian apply‘kan cuti untuk si Isteri (jika isteri bekerja). Berlakon untuk menghantar dia ke tempat kerja dan semasa dalam perjalanan, pergilah ke tempat yang dia tidak jangka! Dari mood malas pergi kerja, terus gembira habis.
  9. Cium pasangan anda lebih kerap dan tidak hanya ketika anda ingin pergi ke mana-mana atau anda pulang ke rumah.
  10. Jika anda selalu lupa ulang tahun perkahwinan anda selama ini (mesti Isteri sedih), jadikanlah tahun ini sebagai satu sambutan perkahwinan anda dan pasangan yang paling besar sekali dan paling romantik. Pasti dia akan menangis! Betul..

Romantic Surprise yang perlu dilakukan ISTERI kepada SUAMI tercinta

  1. Letakkan nota di kaca depan kereta dan tulislah sesuatu yang romantik dan sign dengan ‘dari isteri tercinta”. Pasti itu hari yang paling gembira untuk si suami pergi ke pejabat.
  2. Tinggalkan jejak pakaian anda satu persatu di depan muka pintu dan nantikan suami masuk ke perangkap hubungan seksual.
  3. Belikan suami anda apa-apa gadjet yang sekian lama di’idamkannya tetapi sentiasa tidak diizinkan anda atas alasan membuang duit.
  4. Lakukan sesuatu yang luar biasa.
  5. Pakai pakaian yang anda tidak pernah suka untuk pakai tapi disukai suami anda.
  6. Membuat rujukan mengenai perkara yang diminati si suami dan kejutkan suami anda dengan pengetahuan anda yang tidak pernah disangka suami.
  7. Lakukan perkara yang disukai suami, di mana selama ini tidak pernah anda sukai langsung seperti menonton bola sepak di stadium, memancing dan sebagainya tanpa sebarang komplen biarpun anda tidak ikhlas langsung!
  8. Buat kejutan percutian ke destinasi yang digemari dan diidamkan suami tanpa pengetahuannya sama sekali.
  9. Jika si suami bekerja waktu pejabat dan ke kedai berdekatan office untuk lunch bersama kawan-kawan, apa kata anda cuba pula tunggu di kedai tersebut untuk lunch bersama suami tercinta.
  10. Sentiasa bermanja dan memuji suami biarpun perkara tersebut tidak anda sukai tetapi disukai oleh si suami. As long ianya tidak memudaratkan suami anda. Janganlah suami pergi kerja lupa salin baju tidur pun anda puji sebagai cantik. Hehe.

Wednesday, October 20, 2010

Saudi holy lands

Masjid Quba'a di madinah during ramadhan time. :)

Lokasi pertama ialah Masjid Quba’ yang terletak di perkampungan Quba’, sekitar 3km dari arah selatan Kota Madinah. Nama Quba’ diambil sempena sebuah telaga yang berada di tempat itu.

Masjid ini berbentuk empat segi dan luas kawasannya sekarang kira-kira 5035m persegi.

Sejarah

Pada hari isnin, 8 Rabiul Awwal bersamaan 23 Sept. 622M Rasulullah SAW tiba di perkampungan Quba’ dalam perjalanan hijrah dari Makkah. Baginda tinggal di kampung ini selama 4 hari bersama Bani Amru bin Auf di umah Kalthum bin al-Hadm.

Pada hari pertama itulah Rasulullah SAW terus membina Masjid Quba’, iaitu masjid yang pertama dibina dalam sejarah umat ini. Rasulullah SAW sendiri turut serta dalam pembinaan ini dengan mengangkut batu-bata dan pasir-pasir bersama para sahabatnya.

Setelah siap, Rasulullah SAW mengimami sendiri solat berjamaah secara terbuka bersama para sahabat di Masjid Quba’, berkiblatkan Masjid al-Aqsa pada waktu itu.

Kelebihan

Masjid ini adalah masjid pertama yang dibina dalam sejarah setelah baginda diangkat menjadi Rasulullah, dibina berasaskan taqwa dan iman. Allah SWT telah mengakuinya sebagaimana firmanNya :

“…sesungguhnya Masjid (Quba’ yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)”. (at-Taubah : 108)

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW selalu datang ke Masjid Quba’ ini pada setiap hari sabtu sama ada menaiki unta atau berjalan kaki. Kadang-kadang Rasulullah SAW datang pada hari isnin dan khamis.

Tentang masjid ini, Rasulullah SAW ada bersabda :

“Sesiapa yang berwudhu’ di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba’ untuk solat, akan diberi ganjaran pahala seperti pahla menunaikan umrah” (HR Ibnu Majah).

Selepas wafatnya Rasulullah SAW, para sahabat sentiasa menziarahi Masjid Quba’ dan bersolat di sana. Zaid bin Aslam berkata : “Segala puji bagi Allah yang telah mendekatkan kita dengan Masjid Quba’. Sekiranya ia berada jauh di hujung dunia, nescaya kami akan bermusafir kepadanya”.




perjalanan ke Madinah

engaged


6 june 2010.